Abby Abadi  
Abby Abadi
 

PELAKON Abby Abadi sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini mengesahkan lafaz cerai melalui SMS yang dibuat Farhan pada 9 Mei lalu.

Hakim Syarie Syaiful Azli Jamaludin mengesahkan lafaz cerai yang dibuat Muhammad Noor Farhan selepas mendapati lafaz kinayah (secara kiasan) itu memenuhi rukun dan syarat sah talak.

Bagaimanapun lafaz cerai kali pertama yang dibuat Muhammad Noor Farhan juga melalui SMS kepada seorang kenalan pada Januari lalu adalah tidak sah kerana tidak memenuhi rukun dan syarat sah talak.

Permohonan pengesahan lafaz cerai dikemukakan Abby mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.