Ahad, 20 Mei 2018

NYAWA NAJIB, KELUARGA DIANCAM




Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membuat laporan polis semalam yang mendakwa nyawa beliau dan keluarganya terancam.

“Najib membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada jam 5 petang,” petik Malay Mail.

Bekas Presiden UMNO itu turut memohon diletakkan di bawah program perlindungan saksi berhubung siasatan skandal berkaitan skandal 1MDB.

Dalam laporan polis yang dilihat Malay Mail, Najib berkata terdapat ancaman jelas terhadap nyawa beliau dan keluarganya itu bukan sahaja datang dari dalam negeri tetapi dari luar negara.

Selain itu Najib mendakwa barang kemas dan barangan peribadi lain yang dirampas polis semasa serbuan lewat malam pada 10 Mei di Pavillion Tower itu merupakan hadiah daripada kawan-kawannya.

“Beliau juga mengatakan wang tunai yang dirampas itu sebenarnya untuk digunakan dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional,” menurut laporan itu.

Selain itu, Najib mendakwa hanya memainkan peranan penasihat dalam syarikat 1MDB dan tidak terbabit dalam proses pembuatan keputusan.

“Dalam laporan polis, beliau turut mendakwa RM2.6 bilion yang diterimanya itu hanyalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi,” lapor Malay Mail.


Tiada ulasan: