Selasa, 22 Mei 2018

Muhyiddin gesa Shukri buat laporan polis

Dania Zainuddin, Astro Awani
Muhyiddin gesa Shukri buat laporan polis
MENTERI Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengimbas cap jari bagi merekod kedatangan ketika memulakan tugas pertama di pejabatnya di KDN hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Seri Nadzri Siron (kiri)
 
 
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull untuk membuat laporan berhubung dakwaan ancaman yang diterima ketika menjalankan siasatan ke atas syarikat SRC International pada 2015.

Jelasnya, laporan yang dibuat akan membolehkan pihak berkuasa membuka kertas siastan, dan tindakan sewajarnya akan diambil.

“Apa sahaja aduan yang mengancam dan melanggar undang-undang, pihak polis akan buat siasatan bagi mengumpul fakta kes dan dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab.
 
“Jika kes itu ada prima facie, akan ada tindakan undang-undang yang akan diambil. Jika Shukri ada maklumat itu, kami akan siasat,” kata Muhyiddin dalam satu sidang media di sini, pada Selasa.

Shukri dalam satu sidang media khas, hari ini telah mendedahkan bahawa dirinya 'hampir mati' ketika menjalankan siasatan mengenai SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurutnya lagi, dia menerima pelbagai ugutan termasuk ancaman bunuh dan pernah menyembunyikan diri di Washington, Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang hadir pada sidang media bersama Muhyiddin berkata, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai isu ini.

Jelasnya, perkara ini berlaku sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara, namun beliau akan melihat isu ini 
 
 

Tiada ulasan: