Khamis, 24 Mei 2018

Kakitangan Kementerian Pendidikan terkejut menteri jadi imam



Muhammad Azizul Osman
 
 
KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan yang baru dilantik, Dr Maszlee Malik hari ini dilihat menjadi imam kepada kakitangan kementerian yang baru dipimpin beliau.

Menurut Facebook Khalifah Media Network, Maszlee dilihat menjadi imam solat Asar dan tindakan itu nyata mengejutkan mereka.

“Saja nk share…harini kat surau tetibe Menteri Pendidikan turun mengimamkan solat zohor. Tkezut pegawai2.

“Selama ni even kppm (Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia) pun xprnah turun surau tu…ni ttbe yb menteri…jd imam lgi…

Alhamdulillah,” tulis Facebook berkenaan dengan memaparkan gambar Maszlee dihadapan saf.

Maszlee antara menteri yang menganggotai Kabinet terbaharu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14), 9 Mei lalu.

Beliau antara individu yang disifatkan muka baharu dalam politik yang dilantik sebagai menteri. -MalaysiaGazette


Tiada ulasan: