Khamis, 24 Mei 2018

Arul Kanda cuba ‘cuci tangan’ dari 1MDB


1MDB 

KEADILAN DAILY


Bos 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy hari ini cuba cuci tangan daripada segala skandal melibatkan syarikat itu walaupun sebelum ini  menjelajah negara menyebarkan propaganda 1MDB untuk memastikan rejim BN terus berkuasa.

Dalam sesi taklimat dengan Menteri Kewangan baharu, Lim Guan Eng di Putrajaya, ketua pegawai eksekutif 1MDB itu mendakwa beliau “tidak tahu menahu” kedudukan kewangan syarikat.

“Arul Kanda ketika ditanya, mengetengahkan beliau cuma menghabiskan bagi perkhidmatannya sehingga kontrak tamat pada Jun 2018.

“Justeru, beliau mendakwa tidak tahu menahu berkaitan situasi keadaan syarikat,” kata Lim pada sidang media.

Lim sebelum itu mendengar taklimat pengarah 1MDB Norazman Ayob dan Kamal Mohd Ali, Arul Kanda, bekas ketua pegawai kewangan (CFO) Azmi Tahir dan bekas peguam 1MDB Ivan Chen.

Sementara itu kata Lim, Kamal Mohd Ali mengaku bahawa pelaburan “unit dana” AS$2.5 bilion (RM9.8 bilion) 1MDB sebelum ini adalah penipuan semata-mata.

“Lembaga pengarah, yang membekalkan minit mesyuarat lembaga pengarah 1MDB kepada kementerian, mendakwa mereka berulang kali mempertikaikan nilainya dan malah kewujudan pelaburan ini semasa mesyuarat bulanan lembaga pengarah.

“Ini kerana pengurusan 1MDB berulang kali gagal membekalkan lembaga pengarah dengan sebarang bukti kewujudan pelaburan ini lebih dua tahun.

“Kamal Mohd Ali menggelar pelaburan ini sebagai ‘penipuan’,” kata Lim dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

1MDB sebelum ini mendakwa mempunyai AS$2.5 bilion “unit dana” yang disimpan oleh anak syarikatnya Brazen Sky Ltd dan AS$1.56 bilion lagi dalam sebuah lagi anak syarikatnya 1MDB Global Investment Ltd (1MDB GIL).

Bagaimanapun, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mendakwa “unit dana” itu “tidak bernilai” dan hanya bertujuan mengaburi wang yang telah dicuri.

Tiada ulasan: