Ahad, 18 Mac 2018

PKR dapat kerusi paling banyak di Pahang

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUANTAN: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman hari ini mengumumkan PKR akan mengetuai gabungan di negeri itu.
 
Ini kerana katanya, PKR mendapat kerusi paling banyak, iaitu 14 kerusi daripada 42 kerusi DUN di negeri kelahiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 
Ujar beliau yang dipetik Malaysiakini, secara keseluruhan, Amanah akan bertanding 11 kerusi, PPBM (sembilan) dan DAP (lapan).
 
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Indera Mahkota itu mengumumkan agihan kerusi tersebut dalam sidang akhbar di Kuantan hari ini.
 
Pada pilihan raya umum 2013 lalu, PAS mengetuai gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) bertanding 21 kerusi DUN.
 
Walau bagaimanapun pada PRU14, PAS memilih menjadi kuasa ketiga melalui gabungan Gagasan Sejahtera untuk bertanding melawan PH dan Barisan Nasional (BN).
 
Daripada 21 kerusi yang ditandingi PAS sebelum ini, Amanah akan bertanding sembilan, termasuklah tiga kerusi yang dimenangi PAS pada 2013, iaitu DUN Kuala Semantan, Tanjung Lumpur dan Beserah.
 
 

Tiada ulasan: