Isnin, 19 Mac 2018

Mahfuz tak mungkin jadi ayam tambatan Amanah

Oleh Umi Faten Nadia Ezhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Penyertaan bekas naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ke dalam Amanah tidak akan mampu melonjakkan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata penganalisis politik Datuk Dr Aidit Ghazali.
 
Ini kerana katanya, Amanah adalah merupakan parti yang paling tercorot dalam Pakatan Harapan (PH), justeru tindakan Ahli Parlimen Pokok Sena ini sedikit pun tidak menjejaskan PAS.
 
"Sebenarnya Datuk Mahfuz ni dah tak relevan lagi. Jadi, penyertaan dia ke dalam PAN (Amanah) sebenarnya tidak dilihat sebagai sesuatu yang ada apa-apa signifikan ataupun ada impak apa-apa.
 
"Beliau hanya mencari tempat di mana beliau boleh dianggap relevan tetapi kalau kita lihat dikalangan parti pembangkang, DAP, PKR, BERSATU (PPBM) dan PAN (Amanah) yang paling tercorot," katanya dihubungi Antarapos.
 
Aidit melabel Amanah sebagai parti tercorot dalam PH ekoran parti pimpinan Mohamad Sabu itu, hanya mendapat kerusi yang paling sedikit, selain faktor kebolehmenangan parti itu diragui rakan komponennya dalam PH.
 
"Maknanya, kerusi yang tak ada apa-apa signifikan dalam agenda pihak pembangkang. Kerusi itu mungkin kerusi yang kalau nak dikatakan menang, susah. Kalau nak dikatakan kalah, lebih mirip kepada kalah daripada menang.
 
"Dan saya lihat kalau mereka dapat perkongsian kerusi pun, ialah kerusi yang besar kemungkinan tak akan ada peluang yang besar untuk menang," ujar beliau.
 
Malah beliau melihat kemasukan Mahfuz ini adalah hanya mahu memecah-belahkan undi PAS pada PRU14.
 
"Sebab PAN (Amanah) ini, parti yang paling tercorot di kalangan parti pembangkang dan kehadiran dia sebenarnya untuk nak memecah-belahkan undi yang ada pada PAS. Jadi, itu mereka gagal," katanya.
 
Minggu lalu, Mahfuz mengumumkan menyertai Amanah selepas meninggalkan parti itu awal tahun ini.
 
Mahfuz yang telah bersama PAS lebih 30 tahun itu berkata, beliau menyertai Amanah atas nasihat 'ayahanda' Tun Dr Mahathir Mohamad atas alasan parti itu paling banyak berkorban dalam gagasan itu.
 
Keputusan Mahfuz ini tidak mengejutkan malah sudah dijangka, memandangkan Mahfuz sebelum ini dilihat 'mesra' PH, selain dikatakan menjadi pelobi PAS supaya menyertai gagasan pembangkang itu

Tiada ulasan: