Rabu, 21 Mac 2018

34 ahli dan pemimpin PPBM keluar parti

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Sebanyak 34 ahli dan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kota Bharu diketuai Naib Ketuanya, Mohd Nor Hashim Che Min mengisytihar keluar parti kerana hilang keyakinan kepada parti yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
 
Pada masa sama, kumpulan tersebut yang turut disertai Ketua Armada, Nik Mohd Adhwa Nik Haris dan Ketua Srikandi, Noormala Abdul Kadir mengumumkan penyertaan ke dalam PAS.
 
Mereka menyerahkan borang keahlian bagi menyertai PAS kepada Setiausaha Agung PAS yang juga Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu majlis ringkas di Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini hari ini.
 
Mohd Nor Hashim berkata, tindakan keluar parti dilakukan kerana mereka kecewa dengan sikap Dr Mahathir yang dilihat terlalu mengutamakan DAP dalam setiap tindakan dan keputusan parti sehingga mengenepikan kepentingan orang Melayu.
 
 "Kami hilang keyakinan kepada PPBM yang dipimpin Tun Dr Mahathir dan khasnya PPBM Kota Bharu yang diketuai Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman yang juga merupakan Naib Presiden PPBM.
 
 "Kami juga kecewa parti-parti dalam Pakatan Harapan di Kelantan amat sibuk berebut kerusi berbanding berkhidmat untuk rakyat walaupun tidak mempunyai kekuatan di akar umbi," katanya dalam sidang akhbar selepas penyerahan borang menyertai Pas yang turut disaksikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. 


Tiada ulasan: