Isnin, 19 Februari 2018

Wanita rakam lelaki tendang warga emas ketika naik motor

ANTARAPOS

Post Pic


GEORGE TOWN: Seorang wanita berjaya dikesan untuk membantu siasatan seorang penunggang motorsikal lelaki warga emas ditendang lelaki lain, ketika menunggang motor di Jalan Gurney Drive, semalam.

Kejadian itu dirakam 'dash cam' wanita terbabit yang kemudiannya menjadi tular di media sosial termasuk Facebook serta aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata pihaknya sudah menghubungi wanita berkenaan dan beliau bersetuju untuk hadir memberi keterangan selain membawa salinan rakaman asal insiden itu.

Ujarnya, dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa berusia 60 tahun dalam dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari masjid yang tidak jauh dari lokasi kejadian.

"Semasa mangsa sedang menunggang motosikal, seorang lelaki yang tidak dikenali turut menunggang motosikal memotong kenderaan warga emas itu dan telah bertindak menendangnya sehingga terjatuh.

"Berikutan kejadian itu, mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan ditahan di wad kerana mengalami kecederaan luka di beberapa bahagian badan serta sakit dada," katanya di George Town hari ini.

Susulan kejadian itu, anak lelaki mangsa hari ini membuat laporan polis berhubung insiden yang menimpa bapanya.

Anuar berkata berdasarkan siasatan awal, mangsa tidak mengenali lelaki yang menendangnya dan tidak berlaku perselisihan faham atau bergaduh dengan sesiapa sebelum kejadian berkenaan.

Beliau berkata polis juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden tersebut agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.


Tiada ulasan: