Isnin, 19 Februari 2018

PAS mahu masalah banjir diberi perhatian kerajaan

ABU LUQMAN


BATANG LUPAR: PAS Negeri Sarawak telah mengadakan sumbangan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Kampung Giat Mara dan Kampung Seberang Sebuyau, di sini kelmarin.
 
Sumbangan kebajikan disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya II PAS Sarawak, Khairul Ismail itu bertujuan meringankan beban mangsa yang kediaman mereka dilanda banjir minggu lalu.
 
Barang sumbangan berupa keperluan asas dapur itu diserahkan rombongan PAS Sarawak langsung kepada penerima yang berkunjung ziarah dari rumah ke rumah pada lawatan tersebut.
 
Suasana pasca banjir di kedua-dua kampung berkenaan masih menghibakan sebahagian besar penduduk apabila bah yang melanda hadir bersama lumpur dan bau.
 
Sehubungan itu PAS Sarawak berharap pihak berkuasa tempatan dapat memberi perhatian dan mengambil tindakan untuk menyelesaikan kesulitan yang ditanggung para penduduk.
 
Pihak PAS Sarawak juga suara Khairul, mahukan agensi berwajib untuk mempercepatkam pembinaan tambakan banjir dan kawalan ombak atau disediakan penempatan baharu yang lebih selamat. -HARAKAHDAILY
 

Tiada ulasan: