Isnin, 19 Februari 2018

Mangsa kebakaran dibantu PAS Rompin

BASIRON WAHAB



ROMPIN: PAS Kawasan Rompin telah menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran rumah, Ramlah Husein di Kampung Bukit Ibam, di sini.
 
Sumbangan tersebut disampaikan sendirimYang DiPertua PAS Rompin, Ustaz Nazri Ahmad ketika menziarahi keluarga mangsa itu.
 
Dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada sebelah petang ketika mangsa berada di rumah itu telah memusnahkan sebahagian besar struktur kediaman dipercayai akibat litar pintas.
 
"Keadaan api yang marak begitu pantas bagaimanapun semua mangsa selamat," maklum beliau.
 
Menurutnya juga PAS Rompin mempelawa orang ramai membantu mangsa melalui Dana Tabung Prihatin PAS Rompin yang boleh disalur melalui akaun Maybank 5561 2350 7905. -HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: