Selasa, 20 Februari 2018

Lapan calon muka baru wakili Gerakan pada PRU14

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
GEORGETOWN: Gerakan Pulau Pinang telah menyenaraikan 17 calon termasuk tiga wanita untuk bertanding 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan empat kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Pengerusi Gerakan Negeri, Teng Chang Yeow berkata senarai calon negeri itu sudah dikemukakan kepada Gerakan pusat dan pimpinan Barisan Nasional (BN).
 
“Lapan daripada 17 calon adalah muka baru...mungkin ada pertukaran di saat akhir...bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan BN,” katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Gerakan Pulau Pinang sempena Tahun Baharu Cina di George Town, malam tadi.
 
Beliau berkata persediaan parti itu berada di tahap 90 peratus dan manifesto negeri sudah disiapkan dan kini hanya menunggu untuk dihebahkan pada masa yang sesuai.
 
Katanya, antara perkara yang terkandung dalam manifesto itu termasuk keperluan perumahan mampu milik, penyelesaian masalah banjir, pembangunan sosial yang memberi tumpuan kepada warga emas dan pembangunan wanita.
 
Gerakan ditubuhkan pada awal 1968. Ia bertanding sebagai parti pembangkang pada PRU 1969 dan menang 16 daripada 24 kerusi di Pulau Pinang, yang sebelum itu dikawal MCA, komponen Parti Perikatan.
 
Tetapi parti itu kalah teruk pada PRU 2008 dan 2013, apabila gagal memenangi satu kerusi pun di DUN dan Parlimen. 
 
Hanya Umno berjaya mengekalkan 11 kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen pada 2008, dan kemudiannya 10 kerusi DUN dan tiga parlimen pada PRU13.
 
 

Tiada ulasan: