Jumaat, 16 Februari 2018

Kementerian mohon maaf kesilapan ucapan Tahun Baru Cina

THE MALAYSIAN ISIGHT

Kementerian mohon maaf kesilapan ucapan Tahun Baru Cina 
Iklan ucapan Tahun Baru Cina oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang disiarkan akhbar tepatan memaparkan ayam.– Gambar The Malaysian Insight,
 
KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memohon maaf berhubung kesilapan ucapan Tahun Baru Cina yang memaparkan gambar ayam yang sepatutnya gambar anjing dan menyifatkannya sebagai masalah teknikal.

Terdahulu, kementerian itu hari ini menyiarkan iklan cetak di akhbar utama mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina dengan gambar ayam yang mana ia sepatutnya gambar anjing mengikut kalendar Cina.

"KPDNKK ingin memohon sejuta kemaafan atas tersiarnya iklan Tahun Baru Cina yang disiarkan. Kesilapan ini disebabkan kesilapan teknikal pengiklanan," kata kementerian itu melalui Facebook.

Haiwan bagi sambutan Tahun Baru Cina tahun lalu ialah ayam dan tahun ini adalah tahun anjing.

Tiada ulasan: