Selasa, 16 Januari 2018

Pelajar maut ditimpa kerusi dari tingkat atas PPR

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki maut selepas sebuah kerusi dipercayai dicampak dari tingkat atas pangsapuri di Blok 102 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ruslan Khalid ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai S. Sathiwaran merupakan pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya, lapor Bernama.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa ingin memasuki bahagian flat yang tertutup berhampiran kawasan tangga bersama ibunya, sebelum ditimpa sebuah kerusi pejabat dipercayai dicampak di tingkat atas dan mengenai kepala mangsa.

“Bagaimanapun ibu mangsa terselamat manakala mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Roslan berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai dan siasatan punca kejadian masih disiasat.

Tiada ulasan: