Rabu, 17 Januari 2018

Pancing Undi Melayu, DAP Nobat Mahathir Pengerusi PH & Calon PM


 


 Mahu memancing undi Melayu pada PRU 14, sebab itu DAP menobatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan calon Perdana Menteri.

Walaupun DAP sering menafikan parti itu mendominasi PH, namun tanpa sokongan parti majoriti kaum Cina itu, Mahathir gagal dicalonkan kedua-dua jawatan tersebut.

PH dianggotai oleh empat parti, DAP, PKR, Amanah dan PKR, namun hakikatnya DAP dianggap sebagai kuasa pemutus dalam sebarang keputusan utama PH.

PKR, Amanah dan PKR hanya dianggap mata rantai untuk mencapai matlamat DAP sebab itu PH juga dikenali sebagai Pakatan DAP.

Timabalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mengesahkan PPBM diberi kerusi terbanyak di Semenajung bertujuan untuk menarik undi Melayu kepada PH.

“Ini sama dengan bagaimana Amanah dibentuk untuk meneruskan kejayaan PAS pada pilihan raya umum ke-13, di mana ia mendapat sokongan bukan Melayu berbanding asas penyokong Melayu tradisional,” katanya kepada FMT.

Salahuddin berkata, PH mengharapkan PPBM untuk memenangi undi Melayu disebabkan syak wasangka sesetengah orang Melayu terhadap DAP.

Katanya, walaupun ada peralihan sokongan Melayu kepada DAP pada PRU lalu, namun “ia tidak mencukupi”.

“Jika kita mampu meraih sebanyak mungkin sokongan di Johor seperti di Selangor, maka Johor akan menjadi kawasan kita.

“Di situlah peranan PPBM sangat penting. Peranan mereka ialah membantu PH mendapatkan lebih banyak kerusi, dan PPBM sebagai serpihan Umno, mampu meyakinkan Melayu untuk menyokong kami.”

Timbalan presiden Amanah itu berkata, ini juga sebabnya Amanah menyokong Pengerusi PPBM, Mahathir sebagai calon perdana menteri PH.

Perkara sama turut diakui PKR.

Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata PPBM lebih mampu menarik undi Melayu berbanding dengan parti Keadilan, sebab itu PPBM diperuntukkan 6 kerusi Parlimen di Pahang, berbanding 4 kepada PKR, 3 kepada DAP dan 1 kepada Amanah.

Fauzi berkata, tidak boleh dinafikan warga luar bandar di Pahang lebih tertarik kepada Umno, sebab itu peranan Mahathir amat penting.

“Anda tidak boleh perkecilkan rasa sayang orang kampung pada Dr Mahathir,” katanya.

Tiada ulasan: