Selasa, 16 Januari 2018

Lagi laporan polis dibuat terhadap Mahfuz Omar

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUANTAN: Satu lagi laporan polis dibuat terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ekoran memperlekeh dan menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sebagai bahan jenaka dalam ceramah politiknya.
 
Laporan berkenaan dibuat Badan Kebajikan dan Kerabat Pahang (BKKP) hari ini di ibu pejabat polis Kuantan.
 
Ahli Jawatankuasa BKKP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut dan menggesa tindakan berlandaskan peruntukan undang-undang dikenakan ke atas Mahfuz.
 
“Sebagai badan yang mewakili kerabat-kerabat, saya kesal dengan kenyataan tersebut. Saya turut membuat laporan polis agar tindakan dikenakan ke atas individu yang menyebarkan video Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di bilik beradu baginda.
 
“Saya harap polis menyiasat siapa individu yang bertanggungjawab menyebarkan video berkenaan sehingga menjadi tontonan umum,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah di sini hari ini.
 
Terdahulu, media melaporkan bahawa Ketua Pemuda Umno Pahang, Shahar Abdullah menggesa Mahfuz membuat permohonan maaf kepada Sultan Ahmad Shah secara terbuka atas tindakannya yang dangkal itu.
 
Shahar turut mengatakan dirinya cetek akal dan tidak menghormati institusi Diraja negara ini.
 
Sebelum ini Mahfuz mengulas kewajaran Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusia 92 tahun dipilih sebagai calon Perdana Menteri oleh PH dan membandingkannya dengan Sultan Ahmad Shah yang kekal sebagai Sultan Pahang walaupun sedang gering.
 
 

Tiada ulasan: