Selasa, 16 Januari 2018

Farid Kamil mengaku tak bersalah, hadapi empat tuduhan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil berdepan dengan empat tuduhan termasuk mendatangkan kecederaan dan mengambil dadah, di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.
 
Walau bagaimanapun, pelakon yang popular dengan filem Tombirou dan Lagenda Budak Setan itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya.
 
Pegawai pendakwa mencadangkan Farid dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 namun pelakon terbabit membuat rayuan.
 
Dia kemudian dibenarkan diikat jamin RM3,000 bersama seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.
 
Semalam, polis melanjutkan tahan reman terhadap Farid, 37, yang sebelum ini ditahan direman selama empat hari.
 
Beliau ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 90 Akta Polis atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh di balai polis; Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyepak orang awam; Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menampar anggota polis dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas dakwaan memasukkan dadah dalam badan.
 
 

Tiada ulasan: