Selasa, 16 Januari 2018

Banjir di Segamat makin pulih, jumlah mangsa menurun

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Segamat semakin berkurangan dengan hanya 74 orang daripada 19 keluarga masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS).
 
Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata sehingga jam 8 pagi tadi, PPS Balai Raya Gemereh 4 Batu Badak menempatkan 60 mangsa daripada 16 keluarga.
 
"Selain itu, Balai Raya Kampung Pogoh Tengah menempatkan 10 mangsa daripada dua keluarga, manakala Pusat Aktiviti Belia Kampung Tekam menempatkan empat mangsa daripada sebuah keluarga," katanya dilaporkan BH Online.
 
Bagaimanapun, katanya, berlaku peningkatan pada paras air Sungai Muar, Segamat.
 
Katanya, pemautauan mengenai situasi banjir terus dijalankan oleh agensi berkaitan dan pejabat daerah.
 
 
 

Tiada ulasan: