Isnin, 15 Januari 2018

Adakah Talian Celcom Memang Bermasalah?



MYNEWSHUB.CC

KETUA Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali mempersoalkan sama ada perkhidmatan data syarikat telekomunikasi Celcom Axiata Bhd. (Celcom) bermasalah.

 

Menurutnya, beliau menggunakan talian pascabayar Celcom dan mendapati perkhidmatan data internetnya perlahan walaupun berisi sebanyak 100G sejak beberapa bulan.

“Telah cuba tukar sim dari telefon jenama Huawei ke iPhone pun sama. Ketika di Kuala Nerus (Terengganu) macam itu juga. Di Bangi (Selangor) pun sama.

“Adakah masalah liputan setempat atau masalah telefon atau memang talian Celcom bermasalah,” soal Mohd. Khairuddin di Facecook semalam.

Perkhidmatan Celcom pernah juga berhadapan kritikan pemimpin politik pada tahun lalu kerana mengalami gangguan talian dan internet.

Celcom waktu itu dituntut oleh Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Shazni Munir Mohd. Ithnin supaya membayar ganti rugi kepada penggunanya.

Shazni Munir dipetik berkata, kegagalan fungsi talian dan internet Celcom antara jam 7 pagi hingga 9.30 pagi pada 13 Jun 2017 sebagai perkara yang serius. – MYNEWSHUB.CC

Tiada ulasan: