Selasa, 16 Januari 2018

20 pelancong Korea Selatan terselamat bas terbalik di Kuala Selangor

THE MALAYSIAN TIMES
 


SHAH ALAM: Seramai 20 pelancong Korea Selatan berdepan saat mencemaskan apabila bas persiaran yang mereka naiki terbalik ketika mengelak anjing melintas di Jalan Teluk Piah Kanan, Kuala Selangor malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor DSP Mohd Asri Abd Wahab berkata, dalam kejadian kira-kira 8.46 malam itu kesemua 20 pelancong, seorang pemandu dan seorang pemandu pelancong bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

“Ketika kejadian bas itu dalam perjalanan pulang ke sebuah hotel di Petaling Jaya selepas membawa kesemua pelancong itu melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan, Kuala Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Md Asri, pemandu bas berkenaan tampil membuat laporan di Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor pada 7.44 pagi tadi.– Bernama

Tiada ulasan: