Isnin, 4 Disember 2017

Skuad wanita negara muncul juara Kejohanan Boling Dunia

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Malaysia mengulangi sejarah 10 tahun lalu apabila muncul sebagai juara boling dunia dalam acara berpasukan wanita.  
 
Kejayaan itu ditempa apabila skuad negara yang diketuai pemain berpengalaman, Shalin Zulkifli menewaskan Singapura dalam perlawanan akhir Kejohanan Boling Dunia di Las Vegas, Amerika Syarikat, hari ini.
 
Selain Shalin, skuad negara diwakili Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Sin Li Jane, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Natasha Roslan.
 
Skuad negara mengenepikan cabaran musuh ketat Singapura menerusi jatuhan pin 214-209 dan 188-177 pada final yang berlangsung di South Point Bowling Center.
 
Untuk rekod, Malaysia sebelum ini pernah meraih emas acara berpasukan wanita dua kali iaitu di Kuala Lumpur pada 2003 dan Monterrey, Mexico pada 2007.
 
 

Tiada ulasan: