Isnin, 4 Disember 2017

Skandal rasuah RM12juta: PH buat demontrasi depan Dun Johor


 
Skandal rasuah RM12juta: PH buat demontrasi depan Dun Johor



Ratusan pendemo telah berkumpul menyuarakan bantahan terhadap Menteri Besar (MB) Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung skandal rasuah RM 12 juta.

Dalam tinjauan awal sejak jam 9:30 pagi tadi seluruh jalan masuk ke pusat pentadbiran telah ditutup dan dihalang bagi mengekang pendemo untuk hadir berkumpul di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Mengikut maklumat, pihak polis telah menutup jalan masuk ke Kota Iskandar sejak jam 8:30 pagi.

MB Johor akan membuat pengulungan sidang Dewan Undangan Negeri pada hari ini.



Pendemo telah berkumpul di kawasan kedai makan berdekatan dengan pusat pentadbiran dan mengadakan demo di kawasan lapang berhadapan dengan kedai makan tersebut.

Selepas berdemo di kawasan lapang berdepan kedai makan tersebut, para pendemo telah berarak ke pintu masuk Dun bagi membawa suara mereka namun dihalang oleh pihak polis yang telah bersedia di jalan masuk tersebut.

Rundingan masih diteruskan.

Antara pimpinan Pakatan Harapan yang hadir adalah Ketua Penerangan PH Johor Suhaizan Kaiat, Timbalan Ketua Penerangan PH Johor Sheikh Umar Ali,Ketua Pemuda AMANAH Johor Taqiyuddin Che Man dan beberapa lagi pimpinan PH negeri.

Tiada ulasan: