Ahad, 10 Disember 2017

Pukul anggota RELA: Permohonan maaf 'Datuk Seri' tak boleh diterima

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Permohonan maaf seorang ahli perniagaan muda bergelar Datuk Seri yang disabitkan dengan empat tuduhan menyerang dan mencederakan tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ‘tidak boleh’ diterima sama sekali. 
 
Penguasa RELA, James Ee berkata, pihaknya tidak boleh memberi sebarang kata putus berhubung permohonan maaf daripada Liow  Soon Hee, 29,  yang dilakukan melalui media baru-baru ini.
 
Tambahnya, mereka menyerahkan sepenuhnya kuasa kepada mahkamah untuk mengambil tindakan selanjutnya.
 
“Apa yang berlaku kepada anggota petugas RELA kami adalah sesuatu yang tidak boleh diterima malah serangan itu telah dilakukan ke atas penguatkuasa keselamatan dan penjawat awam,” ujarnya. 
 
Liow, pada bulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang atas 4 pertuduhan menyebabkan cedera parah, menyerang penjawat awam dan menyebabkan kecederaan kepada 3 anggota RELA yang sedang bertugas di sebuah tokong di Kampung Baru Ampang.
 
Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 7 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
 
Dalam kejadian itu, 3 anggota RELA iaitu Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jun Jie, 21, masing-masing mengalami kecederaan di kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu.
 
Mangsa mendakwa kejadian berlaku hanya kerana mereka meminta tertuduh untuk mengalihkan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas.
 
 

Tiada ulasan: