Isnin, 11 Disember 2017

Larian Antarabangsa Klang tidak mohon kebenaran

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KLANG: Penganjur acara larian Klang City International Marathon 2017 (KCIM) tidak memohon kebenaran daripada pejabat Pesuruhjaya Sukan, kata Datuk Zaiton Othman.
 
Bekas ratu trek negara itu berkata Earth Runners International Group Sdn Bhd tidak menghantar permohonan ke pejabatnya, susulan insiden tiga peserta larian dirempuh kereta dan seorang cedera parah di kepala, semalam.
 
"Berdasarkan semakan kami penganjur tidak memohon permit dengan pejabat kami," kata Zaiton dipetik Malay Mail.
 
Zaiton berkata berdasarkan Seksyen 36 Akta Pembangunan Sukan 1997, tiada syarikat yang boleh menganjurkan aktiviti sukan atau apa-apa aktiviti berkaitan sukan mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan kementerian, kecuali mendapat lesen daripada pesuruhjaya.
 
Semalam tiga peserta Larian Antarabangsa Klang ditimpa musibah selepas dirempuh kereta ketika sedang menyudahkan larian mereka. 
 
Pelari ultra Evelyn Ang, 44, cedera parah di kepala serta retak tengkorak dalam kejadian pukul 4.30 pagi semalam di Batu 2 Jalan Kapar dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
 
Dua lagi Amiruddin Hamid, 37 dan Ahmad Hadafi Jus, 42, mengalami cedera ringan.
 
 

Tiada ulasan: