Selasa, 5 Disember 2017

Khalwat di PAU? Mungkin dia sendiri buat – Jamawi

Mohd Haizal Yatiran
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar bercakap ketika ditemubual pada Perhimpunan Agung UMNO di Laman Media, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI,

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar menolak dakwaan Wan Asshima Kamaruddin ada berlaku aktiviti tidak bermoral setiap kali perhimpunan agung parti itu.

Menurut Jamawi, sepanjang karier politiknya bersama parti, beliau tidak pernah mengetahui kewujudan aktiviti tidak bermoral seperti dakwaan Wan Asshima yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri UMNO Bahagian Klang.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan dakwaan yang dibuat oleh Wan Asshima.

“Saya ingat itu kena tanya dengan empunya dirilah. Sepanjang saya berada lebih daripada 25 tahun dalam pemuda UMNO, saya tidak pernah mendengar isu-isu ini dan tidak pernah melihat dan tidak pernah tahu.

“Mungkin dia tahu, kerana mungkin dia sendiri buat,” sindirnya ketika ditemubual MalaysiaGazette hari ini.

Semalam portal berita milik Pas, Harakahdaily melaporkan Portal rasmi PAS, Harakahdaily melaporkan bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri Umno Bahagian Klang, Wan Asshima Kamaruddin mendedahkan berlakunya kegiatan khalwat dan maksiat setiap kali berlangsungnya PAU.-MalaysiaGazette


Tiada ulasan: