Ahad, 31 Disember 2017

ADUN Lepar meninggal dunia selepas rebah di bilik air

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Datuk Mohd. Shohaimi Jusoh meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 pagi tadi.
 
Difahamkan, Mohd. Shohaimi rebah di bilik air di kediamannnya di Sungai Isap di sini dan menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
 
Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail berkata, Mohd. Shohaimi baru-baru ini tidak sihat kerana demam.
 
“Pagi tadi, saya dimaklumkan arwah jatuh di bilik di rumahnya dan meninggal dunia sewaktu dalam perjalananan ke HTAA,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.
 
Abdul Manan berkata, jenazah Allahyarham Mohd. Shohaimi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Fajar di sini hari ini.
 
Mohd. Shohaimi menjadi wakil rakyat di kawasan itu sejak 2008.
 
 

Tiada ulasan: