Selasa, 21 November 2017

Penduduk desak MB Selangor selesai masalah tanah di Kg Sungai Sireh

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KLANG: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didesak penduduk di Kg. Sungai Sireh Tambahan untuk menyelesaikan masalah berhubung pemilikan tanah rizab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
 
Sekumpulan penduduk melakukan bantahan secara aman itu pada pagi tadi sambil membawa plakad "MB jangan main politik", "Kami mahu hak kami", "Mana janji peduli rakyat". 
 
Ketua Penerangan Persatuan Penduduk Kg Sungai Sireh Tambahan Kawasan KTMB, Aladin Sutan Khan berkata, Mohamed Azmin tidak perlu mempolitikkan isu pemilikan tanah orang kampung, tetapi menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk.
 
“Kerajaan PKR sejak zaman pemerintahan Menteri Besar dahulu, Tan Sri Khalid Ibrahim memberikan borang 5A pemilikan tanah pada tahun 2012, namun sehingga kini lima tahun sudah berlalu masih lagi tiada jawapan.
 
“Malah, baru-baru ini kami dimaklumkan penduduk asal yang sepatutnya menerima tanah tidak ada dalam senarai. Bagaimana kerajaan Selangor dan Pejabat Tanah Daerah menyelesaikan perkara ini,” soal beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tiada ulasan: