Selasa, 21 November 2017

Pemuda PH anjur protes luar Parlimen

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pemuda Pakatan Harapan (PH) mengadakan protes terhadap kenaikan harga minyak di luar Parlimen petang ini.
 
Protes hambar itu hanya disertai lapan peserta sahaja yang turut memasang khemah di kawasan berkenaan, demikian menurut laporan Malaysiakini.
 
Berdasarkan satu rakaman video, sekumpulan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilihat membuka semula satu khemah peserta ekoran ia menganggu tempat awam.
 
Protes tersebut bermula tengah malam semalam dan dijangka berakhir pada jam enam petang Rabu ini, apabila harga bagi RON95, RON97 dan diesel untuk minggu berikutnya diumumkan.
 
Ketua Polis Dang Wangi Shaharudin Abdullah berkata, polis telah menasihatkan peserta agar menamatkan protes itu dan akan terus memantau mereka.
 
Ketika protes bermula semalam, polis turut mengarahkan mereka mengemaskan empat khemah yang dipasang.
 
 

Tiada ulasan: