Jumaat, 13 Oktober 2017

Wan Ji ditahan polis

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
GEORGETOWN: Wan Ji Wan Husin yang baru dilantik sebagai Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang telah ditahan polis di Masjid Jalan Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
 
Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang Saifuddin Nasution Ismail berkata ustaz muda itu ditangkap sejurus selesai solat Jumaat.
 
Beliau yang juga Ketua Biro Agama Pemuda PKR (AMK) sebelum itu menyampaikan khutbah Jumaat di masjid sama.
 
“Kini beliau dibawa ke IPD Seberang Perai Tengah. Belum lagi diketahui alasan penahanan beliau,” kata Saifuddin yang dilaporkan Malaysiakini.
 
Tiada maklumat lanjut berkaitan sebab penangkapan itu setakat ini.
 
“Satu kenyataan akan dikeluarkan sejurus pihak peguam yang berada bersama beliau mendapat maklumat sahih, mengapa Ustaz Wan Ji ditahan,” katanya lagi.
 
 

Tiada ulasan: