Khamis, 12 Oktober 2017

Tabung Haji nafi keluar kenyataan rayuan tunai ibadah haji

MALAYSIA GAZETTE

Maklumat mengenai rayuan menunaikan ibadah haji yang tular di media sosial.


KUALA LUMPUR – Tular di laman sosial baru-baru ini tentang rayuan untuk menunaikan ibadah haji bagi musim 2018/14 telah dibuka.

Menurut maklumat yang ditularkan itu, mereka yang ingin membuat rayuan perlu mengemukakan dokumen tertentu seperti salinan kad pengenalan, pasport dan buku akaun simpanan Tabung Haji.

Bagaimanapun, Tabung Haji hari ini memberitahu pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan rayuan haji seperti yang tular di media sosial itu.

“Tabung Haji ingin memaklumkan bahawa TIDAK pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan rayuan haji seperti yang tular di media sosial baru-baru ini,” kata Tabung Haji menerusi satu paparan ringkas yang dimuatnaik di laman sosial Facebook agensi berkenaan.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan menyemak kesahihan sebarang kenyataan yang ditularkan di media sosial sebelum mempercayainya bulat-bulat. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: