Selasa, 17 Oktober 2017

Remaja ditahan di Kelantan rancang bom pesta arak, kata KPN

 
Ketua polis berkata suspek keganasan itu membuat alat letupan reka ganti dan mengujinya untuk digunakan ke atas sasaran mereka.


fuzi-harun_beer

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan remaja 18 tahun yang ditangkap minggu lepas kerana membuat bom adalah salah seorang daripada 3 suspek keganasan yang mensasarkan pelbagai lokasi termasuk festival bir.

Fuzi memberitahu The Star, ketiga-tiga yang ditahan di Kelantan Rabu lalu itu, membuat alat letupan reka ganti (IED) dan mengujinya untuk digunakan ke atas sasaran mereka.

Maklumat lanjut akan didedahkan pada sidang akhbar lewat hari ini, tambahnya.

Salah seorang daripada pemuda itu ditahan kerana mempunyai kaitan pengganas.

Better Beer Festival 2017 dijadualkan diadakan bulan ini di pusat beli belah Publika, tetapi mengundang protes PAS dan beberapa kumpulan Islam menyebabkan ia dihalang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pada 21 September, Fuzi berkata pesta itu tidak dibenarkan atas sebab keselamatan, susulan maklumat yang militan merancang untuk sabotaj acara itu.

Tiada ulasan: