SHAH ALAM: Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengumumkan aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Royalti, Khairul Nizam Abd Ghani sebagai calon dewan undangan negeri (DUN) Kota Lama mewakili parti itu.
"Kali terakhir kita bertanding di Kelantan melalui Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) pada tahun 1986.
"Jadi kita rasa sudah tiba masanya untuk letakkan calon dan melihat
sejauh mana penerimaan rakyat," kata Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, S
Arutchelvan dipetik Malaysiakini.
Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang media di Kota Bharu, hari ini.
Tambah Arutchelvan, dorongan untuk meletakkan calon di kawasan itu juga
dibuat selepas mendapat maklum balas khususnya dari kalangan anak muda.
Sementara itu Khairul Nizam, 36, berkata, pilihan untuk bertanding di
DUN Kota Lama dibuat kerana diyakini mampu dicapai oleh PSM sebagai
parti baru dan kecil.
Khairul Nizam juga berkata beliau mahu memberi penekanan terhadap
isu-isu ekonomi yang tidak diurus dengan betul oleh kerajaan negeri.
PSM kini hanya mempunyai kerusi tunggal di Parlimen Sungai Siput yang
dimenangi Dr Jeyakumar Devaraj atas tiket PKR pada PRU lepas.
Sebelum ini timbul desas desus DAP turut mahu meletakkan calonnya di kerusi Kota Lama, namun ia masih belum dimuktamadkan.
Pada ketika ini kerusi DUN Kota Lama disandang oleh PAS menerusi Datuk
Anuar Tan Abdullah yang berjaya menewaskan calon MCA, Tan Ken Ten.
Kota Lama adalah kawasan DUN yang mempunyai pengundi Cina paling ramai,
iaitu satu per tiga daripada kira-kira 30,000 pengundi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan