OLEH ERMIZI MUHAMAD
SHAH
ALAM: Badan Bertindak Selamatkan Industri Padi dan Beras (PADI
Rescue) menggesa Kerajaan Persekutuan mewujudkan semula Lembaga Padi dan
Beras Negara (LPN).
Koordinator PADI Rescue, Nur Fitri Amir
berkata, penubuhannya bagi memastikan hak pengusaha tani terjamin dengan
beberapa aspek pembaikan.
Beliau
berkata, penambahbaikan itu termasuk LPN mempunyai kuasa penuh, pada
setiap peringkat bermula dari pemilihan benih padi sehingga ke pemasaran
beras, lapor BH Online.
“Hanya badan yang bebas dari kepentingan
komersial atau keuntungan sahaja layak menjaga industri padi dan beras
negara, bukan syarikat persendirian seperti BERNAS (Syarikat Padi dan
Beras Nasional Berhad) yang ditadbir berdasarkan kepentingan
komersialnya.
“Tidak dinafikan BERNAS berjaya dalam memastikan
kelangsungan syarikat dengan mengaut keuntungan berjuta ringgit, namun
syarikat terbabit gagal menjalankan tanggungjawab sosialnya untuk terus
memperkasakan kilang beras milik Bumiputera.
“Kini, hanya 20
kilang Bumiputera yang menyertai skim di bawah BERNAS berbanding lebih
200 kilang sebelum ini. Kami hairan mengapa jumlah kilang berkenaan
boleh merosot sedangkan keperluan beras di negara ini tidak pernah
berkurang,” katanya.
Terdahulu, gabungan itu hadir menyerahkan
memorandum 14 tuntutan di Bangunan Perdana Putra bersama Ketua Pegawai
Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM), Ahmad Yazid dan
Pengerusi Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia, Musonnef Md Radzi.
Antara 14 tuntutan itu termasuk kawalan tetap dikenakan terhadap kemasukan beras import sama ada secara sah atau tidak.
Selain itu, keperluan supaya kerajaan dapat memberi hak pemborong dan peruncit beras kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).
Malah,
kajian semula penstruktruan kaedah pemberian subsidi harga padi perlu
dijalankan bagi semua hasil sama ada dijual terus, digunakan sendiri
untuk benih atau dikisar menjadi beras.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan