Jumaat, 20 Oktober 2017

Padah tertinggal power bank dalam kereta

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KANGAR: Tindakan seorang lelaki yang meninggalkan 'power bank' dalam keretanya ketika cuaca panas, mengundang padah apabila beliau nyaris kerugian besar ekoran pengecas mudah alih itu terbakar.
 
Memetik laporan Berita Harian, ketika kejadian kira-kira jam 12 tengah hari tadi di Persiaran Jubli Emas, di sini, kebakaran itu disedari orang ramai yang melihat asap keluar daripada kereta berkenaan.  
 
"Pemilik kereta tidak menutup sepenuhnya cermin tingkap kenderaan. Jadi kejadian itu cepat disedari orang ramai yang melalui kawasan terbabit sebelum menjirus air untuk memadamkan api dan menghubungi pihak bomba untuk bantuan lanjut.
 
"Selepas api dipadamkan, terdapat power bank di tempat duduk hadapan penumpang di dalam kereta berkenaan, iaitu kawasan yang mengalami kebakaran yang mungkin menjadi punca kejadian," kata seorang saksi. 
 
Bagaimanapun pemilik kenderaan terbabit enggan memberikan sebarang komen.
 
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perlis yang dihubungi portal itu mengesahkan kejadian tersebut dan kebakaran berjaya dipadam oleh orang awam.
 
"Hasil pemeriksaan mendapati kemusnahan akibat kebakaran itu membabitkan 10 peratus iaitu pada bahagian tempat duduk dan ia tidak membabitkan mangsa.
 
"Sehingga kini siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian," katanya.
 
 

Tiada ulasan: