shabudindotcom
Perdana
Menteri yang hanya tahu membebankan rakyat, Najib Razak menasihati
mahasiswa agar mencabar diri untuk menjadi usahawan dan jangan ada
mentaliti untuk makan gaji setelah menamatkan pengajian.
Saya
tidak mahu mentaliti bila kita keluar saja daripada universiti, dalam
kepala kita nak makan gaji, kita mesti mencabar diri kita untuk memilih
bidang keusahawanan yang boleh menjanjikan masa depan yang lebih
bermakna untuk diri kita, katanya semalam.
Menurut
Najib lagi, dengan menjadi usahawan, lepasan universiti bukan saja
tidak perlu makan gaji, malah dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada
orang lain.
Hmmmm....apa kata para graduan lepasan universiti sekalian mengenai saranan Najib itu?
Sekali
lalu memang terlihat seruan Najib itu adalah baik dan bermanfaat,
tetapi jika diperhalusi ia hanya menampakkan "sikap poyo" beliau untuk
menutup kegagalannya sebagai ketua kerajaan dalam mewujudkan lebih
banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.
Bagaimana lepasan universiti untuk menjadi usahawan jika mereka tiada modal dan tak cukup pengalaman dalam dunia perniagaan?
Berapa
ramai lepas universiti, bukan saja di negara kita tetapi juga di
seluruh dunia yang mampu untuk terus menjadi usahawan dan menjadi ahli
perniagaan tanpa bekerja terlebih dahulu?
Bukankah
mereka seharusnya perlu bekerja terlebih dahulu untuk mengumpul modal
dan mengutip sedikit-sebanyak pengalaman sebelum menceburi dunia
keusahawanan?
Jika mereka mahu terus menjadi usahawan, apa pula bantuan modal yang boleh disediakan oleh kerajaan?
Tidakkah
jika mereka cuba memohon apa-apa bantuan dalam bentuk pinjaman dan
sebanyainya, selain cagaran, yang kerap ditanyakan ialah pengalaman?
Di
mana lepasan universiti nak "cekau" modal dan pengalaman sedangkan
untuk belajar di universiti pun mereka terpaksa meminjam dengan PTPTN?
Sebagai
Perdana Menteri dan ketua kerajaan, Najib seharusnya memberi keutamaan
unfuk menyediakan seberapa banyak peluang pekerjaan, baik melalui
kerajaan atau swasta melalui iklim ekonomi yang sihat dan merangsang
pertumbukan ekonomi, bukan dengan terus menasihati graduan menjadi
usahawan.
Tidaklah
mudah bagi para lepasan universiti untuk terus menjadi usahawan jika
tanpa modal dan pengalaman dalam dunia pekerjaan. Mereka wajib perlukan
modal dan pengalaman di mana semua itu akan diperolehi dengan bekerja
dengan orang lain terlebih dahulu.
Orang
lain di mana mereka bekerja itu, tidaklah juga terus-terus menjadi
usahawan. Mereka juga asalnya pekerja di mana-mana sektor terlebih
dahulu sebelum kemudian menubuhkan syarikat dan menjadi usahawan. Itulah
putarannya.
Najib
sendiri dan adik-beradik beliau, meskipun merupakan anak kepada bekas
Perdana Menteri, adakah terus menjadi usahawan ketika tamat pengajian
sebelum ini atau semuanya bekerja terlebih dahulu?
Begitu
juga dengan anak-anaknya sekarang, adakah mereka menjadi usahawan
sebaik menamatkan pengajian walaupun Najib sendiri adalah Perdana
Menteri dan seorang bilionaire?
Anak
tiri Najib, Riza Aziz yang merupakan penerbit filem kontroversi di
Hollywood dan namanya menjadi sebutan dunia kerana mendakwa menerima
hadiah wang tunai daripada dana yang dikaitkan dengan 1MDB, adakah
beliau terus menjadi usahawan atau bekerja di mana-mana firma terlebih
dahulu?
Dalam
hal ini, Najib jangan hanya berbekalkan air liur saja meminta rakyat
menjadi usahawan. Sediakanlah segala kemudahan dan ruang pekerjaan
kepada mereka sebagai persediaan terlebih dahulu sebelum menasihati
mereka menjadi usahawan.
Menyuruh
mereka menjadi usahawan tanpa apa-apa bekalan hanyalah sekadar omong
kosong yang hakikatnya lebih mengesahkan kegagalannya sebagai Perdana
Menteri dan ketua kerajaan dalam memberi kesenangan dan kesejahteraan
kepada rakyat.
Tak malu ke?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan