Jumaat, 20 Oktober 2017

MBPJ Gagal Selenggara Padang Timur, Punca Hambar – Amanah

Suara Kebenaran
 



Kegagalan Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ) menyelenggara padang Timur, lokasi himpun Selamatkan Malaysia, Tolak Kleptokrasi, dikesan antara punca yang menyebabkan himpunan itu gagal mencapai matlamatnya, kata seorang wakil penganjur dari parti Amanah.

Padang yang becak, berlumpur akibat hujan malam sebelumnya, telah dikenalpasti antara punca yang menyebabkan masyarakat setempat menjauhi himpunan tersebut.

Walaupun sewaktu matahari terik, permukaan padang didapati masih berselut dan ini menimbulkan masalah kepada peserta himpun untuk kekal lama di padang tersebut.  Keadaan bertambah teruk bila malam menjelang atas faktor kelembapan (humidity).

Kerajaan Selangor jelasnya, perlu mengambil tindakan tegas ke atas pengurusan MBPJ yang gagal menyelenggara padang Timur dengan baik sehingga menggagalkan himpunan tersebut.

Mungkin Datuk Bandar MBPJ, Dato Mohd Azizi Bin Mohd Zain perlu ditukar dengan yang lain, yang lebih faham dengan dasar-dasar Pakatan Harapan.

Tiada ulasan: