Isnin, 16 Oktober 2017

Mahu Hapus Sultan Punca Wan Ji Ditahan – KPN

LIHAT VIDEO DI SINI 
DAN JUGA DI SINI

Polis hari ini mengesahkan penahanan Wan Ji Wan Hussin, Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang berpunca daripada laporan ‘mahu menghapuskan Sultan dan mewujudkan negara Republik’ sebagaimana video yang tular di media sosial baru-baru ini.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun ketika ditemui di Padang Kawad Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu negara hari ini.

Wan Ji yang juga ketua exco agama Pemuda PKR ditahan sejurus selepas menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Jalan Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah.

Sebelum ini, jawatankuasa Surau Mohd Al-Fateh di Taman Pauh Jaya telah membuat laporan polis terhadap Wan Ji yang didakwa menghina institusi diraja dan kesultanan negara menerusi ceramahnya.

Satu lagi laporan polis terhadap Wan Ji dibuat di Kuala Lumpur.



Tiada ulasan: