Jumaat, 13 Oktober 2017

Ibu melacur anak diarah tidak dekati mangsa

 
Rakannya yang bersubahat turut menerima arahan sama.


Dev-Kumar-pelacur-mak-anak-sendiri

MIRI: Seorang wanita yang ditangkap melacurkan anak perempuannya berusia 14 tahun di Lawas diperintahkan mahkamah untuk tidak menghubungi atau mendekati mangsa, sehingga kes selesai dibicarakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata arahan itu dikeluarkan oleh Majistret Kelas Kedua Keli Mareng hari ini di Lawas setelah ibu kandung remaja berkenaan didakwa di pejabat Daerah Lawas bersama seorang rakan wanitanya.

Rakannya turut menerima arahan sama.
  “Kedua-dua tertuduh iaitu ibu berusia 30 tahun dan rakannya berusia 45 tahun tidak membuat sebarang pengakuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dev Kumar berkata kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Willie Liau dibenarkan oleh mahkamah ikat jamin sebanyak RM8,000 seorang dengan 2 orang penjamin dan diarah lapor diri ke pejabat JSJ Lawas seminggu sekali.

Kedua-dua wanita berkenaan dituduh di bawah Seksyen 372 (1)(a) Kanun Keseksaan, membawa hukuman maksimum 15 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Tiada ulasan: