BATU PAHAT: Empat pelajar tingkatan dua dilaporkan hilang selepas
tersesat ketika beriadah di Hutan Lipur Gunung Soga, petang semalam,
ditemui selamat kira-kira jam 10 pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat Fauzi Mohd Nor, berkata
Mohd Amir Haziq, Mohd Azrul Azizi, Mustakim dan Mohammad Affiq, ditemui
kira-kira satu kilometer dari lokasi mereka masuk ke hutan itu oleh
pasukan penyelamat.
Katanya, semua pelajar terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan
tetapi dalam keadaan keletihan ketika ditemui oleh kumpulan pasukan
mencari dan menyelamat (SAR).
Katanya, seorang daripada remaja itu dilaporkan mengalami asma
berikutan cuaca hujan pagi tadi dan semua mereka dihantar ke Hospital
Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk pemeriksaan kesihatan.
Operasi SAR itu membabitkan 44 anggota iaitu 16 anggota Jabatan Bomba
dan Penyelamat, 15 anggota polis dan 13 Angkatan Pertahanan Awam (APM),
selain dibantu tiga orang awam sebagai jurupandu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan