BANGI– Laman Facebook milik syarikat minyak gergasi,
Shell diserang oleh pengguna media sosial yang membantah kempen syarikat
berkenaan mempromosi sokongan terhadap kumpulan ‘Lesbian, Gay,
Biseksual dan Transgender’ (LGBT).
Kurang 24
jam laman Facebook syarikat berkenaan menukar logonya dengan
berlatarbelakangkan bendera pelangi LGBT, lebih 400 perkongsian dan
ratusan netizen meninggalkan komen mereka.
Kempen itu
menyebabkan rata-rata netizen kesal dan marah dengan Shell, sekali gus
menggesa penggunanya berhenti daripada membeli minyak dan produk
syarikat terbabit.
“I won’t buying Shell anymore,” tulis Amy Ames.
“No more Shell products for me,” tulis Gerald Murray.
Sementara Farid Hamidi Ramli menggesa orang ramai khususnya pelanggan tetap Shell supaya memboikot syarikat berkenaan.
“Saya fikir Shell adalah syarikat yang berpelajaran. Mereka patut fikir sebaiknya mengenai perkara ini,” katanya.
“OMG.
Banning this company from my car. If you want to support anything
critical like this at least dont make it public. And now face the
consequences of you idiotic following,” tulis Jay Howard.
Menerusi
laman web Shell Global, syarikat itu menyatakan keprihatinan dan
sokongan terhadap LGBT sekali gus membenarkan golongan berkenaan menjadi
sebahagian daripada kakitangannya.
“Di Shell
kami mengambil berat mengenai kepelbagaian masyarakat kerana kami
percaya bahawa tempat kerja yang inklusif sepenuhnya membolehkan
kakitangan kami berkembang, begitu juga dengan perniagaan.
“Apabila
kakitangan cemerlang, kami juga cemerlang. Atas sebab ity, kami
berbangga menyokong kakitangan lesbian, gay, biseksual dan transgender
(LGBT) kami, yang mempromosikan kesaksamaan kepada pekerja tanpa
mengambil kira orientasi seksual dan identiti jantina,” kata Shell.
Syarikat
berkenaan turut menubuhkan ‘Shell LGBT Network’ sebagai ruang sokongan
untuk golongan LGBT mencari keyakinan diri mereka untuk bekerja.
Menurut
Shell, rangkaian LGBT itu pertama telah ditubuhkan di Shell Amerika
Syarikat (AS) pada tahun 1997 diikuti di seluruh dunia termasuk United
Kingdom (UK), Belanda, Kanada, India dan terbaru pada 2015 di Afrika
Selatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan