Suara Kebenaran
Setelah himpun Sayangi Malaysia, Tolak Kleptokrasi yang diadakan di
Petaling Jaya Sabtu lepas, gagal mencapai sasaran akibat beberapa faktor
seperti padang, sabotaj PKR dan sebagainya, himpun yang sama akan
diadakan di Alor Star esok.
Ini adalah pertama kalinya himpun raksasa kedua diadakan tidak lama
selepas himpun pertama diadakan. Bersih pun tidak seberani ini.
Berbeza dengan di Padang Timur, himpun kali ini menyasarkan
pengunjung seramai 100 ribu orang.
Angka ini realistik memandangkan
Kedah adalah kubu kuat PPBM dan Tun Mahathir Mohammad.
Rakyat Kedah
mendapat banyak manfaat sepanjang 22 tahun Tun menjadi Perdana Menteri.
Semasa Tun menjadi Perdana Menteri, rakyat Kedah hidup senang dan
bahagia, tidak ada orang miskin dan setiap rumah paling tidak memiliki
sebuah Proton Saga. Itulah perbandingan hidup ketika itu berbanding
sekarang di bawah Najib. Justeru, sasaran mesti tinggi.
Kali ini, tidak ada lagi mana-mana pihak yang akan memandai-mandai
menurunkan sasaran pengunjung seperti yang berlaku di Petaling Jaya.
Sudah dikatakan 100 ribu, maka 100 ribu atau lebih orang akan datang ke
himpunan tersebut.
Tindakan segelintir pimpinan menurunkan jumlah kehadiran, telah
menghilangkan keyakinan di kalangan rakyat sehingga ada yang ragu-ragu
untuk menghadirkan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan