Ahad, 17 September 2017

PAS Selangor Ulangi Ikrar Mahu Tanding 42 Kerusi DUN

 



PAS Selangor mengulangi ikrar parti itu mahu bertanding 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Perkara itu ditegaskan oleh Pesuruhjaya negeri, Sallehen Mukhyi yang mengarahkan seluruh jentera pilihanraya PAS negeri meliputi 22 Parlimen dan 56 DUN bersedia bagi menghadapi PRU 14 berkuat kuasa hari ini.

“Untuk itu pada hari bersejarah ini selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor saya mengisytiharkan bahawa slogan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 ini buat PAS di Negeri Selangor adalah “Menerajui Kesejahteraan Selangor”.

“Dan saya tegaskan sekali lagi bahawa PAS bersedia bertanding di sekurang-kurangnya 42 kerusi Dewan Negeri dan seberapa banyak kerusi Parlimen yang mungkin di Selangor bagi merealisasikan cita-cita perjuangan “Menerajui Kesejahteraan Selangor” itu,”katanya dalam satu kenyataan.

Sallehen mendoakan agar PAS bakal menerajui Kerajaan Negeri Selangor di bawah panji-panji Gagasan Sejahtera.

“Semoga Selangor Darul Ehsan kekal dikurniakan kesejahteraan dengan izin Allah SWT dengan diterajui oleh PAS selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti,” katanya lagi.

https://aidcnews.files.wordpress.com/2017/09/pas-sel.jpg

Tiada ulasan: