Rabu, 20 September 2017

Para KL2017: Muhammad Ashraf cemerlang raih emas 1500m T46

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Atlet olahraga paralimpik negara, Muhammad Ashraf Muhammad Haisham mempamerkan kecemerlangan apabila meraih pingat emas dalam acara 1500 meter (m) T46 (kekurangan anggota badan) Sukan Para ASEAN Ke-9, sebentar tadi.
 
Sementara itu, Shamli Wadi menceriakan kem olehraga paralimpik negara apabila menghadiahkan pingat emas dalam saingan akhir merejam lembing F36 (cerebral palsy) Sukan Para ASEAN Ke-9, sebentar tadi.
 
Aksi Shamli Waidi dalam acara Merejam Lembing Lelaki Kategori F36/37 pada Sukan Para Asean Ke-9 di Stadium Bukit Jalil di sini hari ini. 
 
Shamli memenangi saingan akhir tersebut dengan catatan 37.21 meter.
 
Pingat perak milik Ahmad Fauzi dari Indonesia yang melakukan merejaman sejauh 34.01m manakala gangsa milik Tomson Lim Kok Hong dari Malaysia dengan catatan 25.78m. 
 
Berikut pungutan pingat Sukan Para ASEAN 2017
 
EMAS
1. Merejam lembing lelaki F36/F37 (cerebral palsy) - Shamli Wahid
2. 1500m (m) T46 (kekurangan anggota badan) - Muhammad Ashraf Muhammad Haisham
 
GANGSA
1. Merejam lembing F36 (cerebral palsy) - Tomson Lim Kok Hong
 
 

Tiada ulasan: