Selasa, 19 September 2017

DAP, MCA, PKR kecam DBKL haram pesta arak

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Susulan pengharaman penganjuran Festival “Better Beer” 2017 yang dijadualkan 6-7 Oktober depan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), DAP, MCA dan PKR bertindak mengecam tindakan itu.
 
Lima ahli Parlimen dari DAP dan PKR dalam kenyataan bersama menyeru keputusan pihak berkuasa tempatan itu dikaji semula.
 
Tan Kok Wai, Teresa Kok, Fong Kui Lun, Lim Lip Eng dan Tan Kee Kwong terkejut dengan pembatalan itu kerana DBKL tidak memberikan sebarang alasan untuk menolak permohonan permit daripada penganjur, MyBeer Malaysia.
 
“Selama ini, aktiviti seperi itu dijalankan tanpa mengganggu mana-mana orang atau menyebabkanb sebarang masalah.
 
“Jelas sekali sasaran festival itu bukan orang Melayu tetapi pengunjung dan peniaga bukan Melayu, serta pelancong asing.
 
“Kami kesali kejadian itu kerana pihak berkuasa tempatan seperti DBKL cuba melencong dengan bertindak seperti jaguh agama.
 
“Tindakan mereka tidak bertimbang rasa dan nampaknya tunduk kepada permainan politik dan mengabaikan semangat muhibah,” kata mereka.
 
Semalam Pengarah Komunikasi Korporat DBKL Khalid Zakaria sebagai berkata PBT menolak permohonan permit menganjurkan acara itu di Galeri Beli-Belah Publika.
 
“Sekiranya penganjur meneruskan aktiviti tersebut, DBKL berhak mengambil tindakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya, dan menambah DBKL menerima permohonan permit daripada penganjur pada 28 Ogos.
 
Sementara itu, ahli jawatankuasa pusat MCA Ti Lian Ker menyeru DBKL supaya bersikap konsisten dan bertanggungjawab dalam keputusan birokrasi mereka apabila menolak permohonan festival itu.
 
Ti berkata DBKL tidak boleh menolak sewenang-wenangnya permohonan permit itu dan mengancam akan mengambil tindakan terhadap penganjur tanpa memberikan sebab dan asas penolakan itu.
 
“Lebih-lebih lagi apabila mereka sebelum ini meluluskan acara itu tetapi sekarang bertindak sebaliknya.
 
“Alasan mesti diberikan dan masa serta notis secukupnya perlu diberikan kepada orang ramai mengenai perubahan pada peraturan atau dasar awam," katanya dalam kenyataan.
 
Beliau berkata DBKL mesti tidak boleh dilihat membuat keputusan sesuka hati atau tunduk kepada tekanan daripada parti politik atau golongan yang mempunyai pandangan ekstrem.
 
Ti berkata tindakan itu akan mengalakkan tekanan yang lebih ekstrem dan radikal jika DBKL dilihat lemah menegakkan undang-undang atau dasar awam mereka.
 
 

Tiada ulasan: