Khamis, 21 September 2017

Bakar pusat tahfiz: Polis mahu lanjutkan tahanan reman suspek

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Polis akan mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk melanjutkan tahanan reman terhadap kesemua tujuh suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara, minggu lalu.
 
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata tempoh tahanan reman kesemua suspek selama enam hari akan tamat esok.
 
"Kita akan memohon supaya tempoh tahanan reman dilanjutkan," katanya yang dipetik Utusan Malaysia.
 
Dalam kejadian awal pagi 14 September lalu, seramai 23 pelajar dan guru pusat tahfiz terkorban.
 
Berikutan itu, polis menahan tujuh suspek berusia antara 11 hingga 18 tahun bagi membantu siasatan.
 
 

Tiada ulasan: