Selasa, 19 September 2017

Anwar Ibrahim terima rawatan di HKL, tekanan darah tidak stabil

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Tekanan darah tidak stabil menjadi punca Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur petang tadi.
 
Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin.
"Keadaan kesihatannya membuatkan beliau (Anwar) memerlukan pemantauan pihak doktor," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini hari ini.
 
Pada Mei tahun lalu, bekas Ketua Pembangkang itu pernah dikejarkan ke hospital atas sebab yang sama.
 
Kesihatan Anwar dilaporkan merosot sejak Julai 2015 dan barisan peguamnya pernah memohon supaya beliau ditempatkan sebagai tahanan rumah.
 
 

Tiada ulasan: