Ahad, 17 September 2017

Ahli perniagaan parah ditembak tujuh das

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUANTAN: Seorang ahli perniagaan parah selepas ditembak tujuh das di Jalan Besar Kuala Medang-Sg Koyan, Lipis, kira-kira jam 10 malam tadi. 
 
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob, berkata, mangsa yang berusia 55 tahun diserang sekumpulan lima lelaki, yang dipercayai melepaskan tembakan dari jarak dekat. 
 
Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Raub dan memandu kenderaan jenis Toyota Hilux secara berseorangan sebelum diserang kumpulan suspek yang menaiki kereta jenis Proton Wira.
 
"Motif kejadian masih lagi disiasat. Kami (polis) akan merakamkan keterangan mangsa sebaik saja keadaan mengizinkan.
 
"Kita turut meminta saksi kejadian tampil bagi membantu kami melengkapkan siasatan," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
 
Beliau berkata, bahagian forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang turut dipanggil bagi membantu siasatan, termasuk mendapatkan kesan cap jari pada kelongsong peluru yang ditemui di lokasi kejadian.
 
Difahamkan, mangsa dibawa ke Klinik Sungai Koyan oleh orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lipis bagi mendapatkan rawatan lanjut.
 
Azry berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan

Tiada ulasan: