Rabu, 20 September 2017

35 keluarga mangsa banjir di Johor Bahru dipindahkan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Sebanyak dua buah pusat pemindahan banjir telah dibuka sejak petang semalam yang menempatkan seramai 191 mangsa banjir daripada 35 buah keluarga di Johor Bahru.
 
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, pusat pemindahan yabg dibuka itu membabitkan daerah ini dan Muar. 
 
“Pusat pemindahan sementara di Balai Raya Kampung Seberang Gajah, Muar menempatkan lapan mangsa daripada dua keluarga. 
 
“Sementara pusat pemindahan sementara di Balai Raya Kampung Tuah Jaya, Johor Bahru menempatkan seramai 183 mangsa daripada 33 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.
 
 

Tiada ulasan: