PUTRAJAYA
– Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang giat memburu pengguna jalan
raya yang tidak membayar kompaun dikeluarkan Sistem Penguatkuasaan
Automatik (AES) dalam tempoh yang ditetapkan.
Ketua
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron
berkata, pihaknya sedang menyemak pengguna jalan raya yang tidak
membayar kompaun AES sejak 15 April lalu untuk dikenakan tindakan
mahkamah.
“Kita
sudah menerima arahan daripada Peguam Negara untuk membawa mereka yang
tidak membayar kompaun AES dalam tempoh yang ditetapkan ke mahkamah.
“Pengguna
jalan raya yang dikenakan saman AES hanya perlu membayar kompaun
sebanyak RM150, namun jika mereka gagal untuk membayar dalam tempoh
ditetapkan, kita akan bawa ke mahkamah dan denda tidak melebihi
RM2,000,” katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman
(MoU) antara JPJ dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian
Sumber Manusia di sini, hari, ini.
Nazri
berkata, sehingga kini pihaknya belum membawa mana-mana pengguna jalan
raya ke mahkamah, tetapi anggotanya sedang giat memburu mereka yang
gagal menjelaskan bayaran kompaun terbabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan