shahbudindotcom
Akibat
gagal menepati janji dan menangguhkan bayaran sebanyak dua kali kepada
IPIC, sedar tak sedar kita sebenarnya sudah kerugian sebanyak AS$50 juta
hanya dalam sekelip mata.
Berdasarkan
perjanjian yang dipersetujui, 1MDB perlu membayar kepada 1PIC sebanyak
AS$603 juta atau RM2,600 juta sebelum 31 Julai 2017 yang lalu.
Disebabkan
gagal menunaikan janji kerana ketiadaan wang, tetapi dikatakan cuma
masalah teknikal, 1MDB kemudian diberikan tempoh selama 5 hari lagi.
Selepas
5 hari, 1MDB gagal sekali lagi membuat pembayaran dan akhirnya
diberikan tempoh sehingga 31 Ogos untuk membuat pembayaran tersebut.
Tetapi,
penangguhan yang diberi IPIC itu tetap ada syaratnya. Sebagaimana yang
disahkan oleh Pengerusi 1MDB, Irwan Siregar Abdullah, lanjutan tempoh
sehingga 31 Ogos itu adalah dengan syarat bayaran sebanyak AS$310 juta
(kira-kira separuh daripada jumlah hutang AS$603 juta) perlu dibayar
sebelum 12 Ogos.
Seperti
yang dikehendaki, 1MDB semalam dilaporkan sudah menunaikan janjinya
kepada IPIC itu, sehari lebih awal daripada tempoh 12 Ogos yang
ditetapkan.
Tetapi, bayaran yang dibuat bukan AS310 juta, sebaliknya AS$360 juta.
Kenapa tiba-tiba ada tambahan jumlah sebanyak AS$50 juta atau lebih RM200 juta?
Dan
sepertimana yang ditanyakan oleh Lim Kit Siang, apakah AS$50 juta
lebihan itu sebenarnya merupakan faedah lewat bayar atau denda kerana
gagal menepati janji?
Harus
disedari bahawa 1MDB kini adalah syarikat milik Kementerian Kewangan
dan ia bermakna sebarang bebannya adalah ditanggung oleh rakyat Malaysia
juga.
Selain beberapa kerugian sebelum ini, kini sekali lagi kita kerugian sebanyak AS$50 juta hanya disebabkan gagal menepati janji.
Bayangkan
apa boleh dilakukan dengan wang sebanyak AS$50 juta itu jika
dibelanjakan untuk membantu rakyat miskin, program pendidikan, perumahan
atau sebagainya?
Namun kerana kita dipimpin oleh pemimpin yang gagal, tak pasal-pasal AS$50 juta melayang begitu saja.
Secara
kebetulan pula, bayaran AS$360 juta kepada IPIC itu dilakukan hanya
selepas dua hari berlangsungnya majlis pecah tanah projek Keretapi
Pantai Timur atau ECRL oleh Perdana Menteri di Kuantan, Pahang.
Selain
projek ECRL bernilai RM55 bilion itu dibiayai sepenuhnya oleh China,
pakar-pakar tempatan sebelum ini turut mempertikaikan kos yang dianggap
terlalu tinggi bagi projek tersebut di mana mereka menilai kos yang
munasabah adalah tidak melebihi RM40 bilion.
Daripada gagal membuat bayaran, pelik juga tiba-tiba 1MDB ada wang AS$360 juta?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan